Rabu, 4 Disember 2013

Kenali masalah Vena Varikos (Urat Bersimpul)

Promosi Terkini KLIK SINI

Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yg membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut,ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Salur darah vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik.Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung,melawan kesan graviti.Apabila vena menjadi varikos,pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak bekerja.Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yg songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Demikian Pakar Bedah Am dan Vaskular, Dr.Tan Kong Hean menerangkan tentang masalah urat timbul atau nama perubatannya, vena verikos.

Kajian menunjukkan sebanyak 70 peratus wanita mengandung mengalami masalah ini. Ini kerana, kehamilan meningkatkan aliran darah dalam tubuh, tapi sebaliknya mengurangkan aliran darah ke bahagian pelvis. Perubahan pusingan darah ini untuk membantu perkembangan janin, namun pada satu aspek ia melebarkan vena di kaki. “Varicose vein pada wanita mengandung memang akan menjadi lebih teruk pada penghujung kehamilan," ujar Kapten Hamid Ahmad pula, pakar fisioterapi dari Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka ketika ditemu bual pada sesi bengkel kesihatan untuk para fisioterapi di Hotel Mahkota, Melaka, baru-baru ini.

Namun begitu, menurutnya lagi, bagi yang tidak mengandung pula, iaitu mereka yang perlu berdiri atau duduk untuk satu jangka masa panjang ketika kerja seperti guru dan pekerja kilang, penyakit ini boleh menyebabkan rasa ngilu dan tidak selesa. Dan jika dibiarkan ia boleh menjadi serius.
Selain mengandung, faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini ialah pekerjaan, umur dan berat badan. Lebih gemuk seseorang maka mudahlah vena verikos terhasil.

Pada peringkat awal, pesakit mungkin akan mengalami simptom seperti cepat penat, rasa berat dan sengal otot. Di peringkat akhir pula hingga boleh menyebabkan luka atau ulser pada urat tersebut.


Anda lebih berkemungkinan mengalami urat simpul di kaki anda, tetapi ia juga boleh berlaku di bahagian-bahagian tubuh yang lain. Buasir ialah sejenis urat simpul yang berlaku di bahagian dubur dan merupakan perkara biasa dalam kehamilan.

Kira-kira empat peratus wanita hamil mengalami urat simpul pada bahagian dalam dan di sekeliling faraj mereka. Masalah ini biasanya pulih sendiri selepas mereka bersalin.
Perubatan moden menawarkan pelbagai kaedah rawatan untuk penyakit ini dan biasanya ia membabitkan pembedahan bergantung kepada tahap keseriusan penyakit. Tetapi tentu ramai daripada kita meletakkan pilihan tersebut sebagai yang terakhir jika ada ikhtiar yang lebih baik.
Memang diakui wanita lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini, bagaimanapun ia boleh dielak dengan pemakaian stokin V-ken, penjagaan berat badan dan senaman yang berkala.

Kesan-kesannya
Selain daripada kelihatan sangat tidak menarik, urat simpul boleh mengakibatkan simptom-simptom lain yang tidak menyenangkan, termasuk:
  • kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit di mana urat simpul berlaku;
  • bengkak tapak kaki dan buku lali
  • kejang otot pada waktu malam;
  • lenguh kaki dan kaki terasa berat.

Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba utk mengelak atau mengurangkannya:
  • Amalkan penggunaan stokin kesihatan ajaib Vken ketika tidur atau sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  • Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior anda. Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang anda.
  • Jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalan-jalanlah sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah.
  • Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki. Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak.
  • Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.

Adakah masalah ini serius?

   Biasanya urat simpul tidak menyebabkan masalah serius. Tetapi jika ia berlaku di kawasan perineum iaitu kawasan di antara faraj dan dubur wanita hamil, doktor anda perlu mengawasinya dengan serius semasa anda bersalin. 

Beliau akan memastikan semasa anda
meneran, perineum anda tidak terkoyak kerana ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

Jika anda mengalami urat simpul selama beberapa tahun, bagus jika anda tahu mengenai masalah-masalah yang boleh berlaku di masa hadapan:
  • Kulit di permukaan urat simpul itu boleh menjadi terlalu nipis dan mungkin berdarah dengan banyak jika anda terlanggar sesuatu atau luka. Pendarahan boleh jadi sukar dihentikan dan anda mungkin perlu mendapat rawatan lanjut.
  • Kulit di permukaan urat simpul mungkin akan kekurangan oksigen dan nutrien kerana darah segar tidak sampai ke situ. Ini mungkin menyebabkan bahan buangan terkumpul mengakibatkan ekzema, kulit menjadi keras atau ulcer terjadi.

Jika anda rasa anda sedang mengalami masalah-masalah ini, jumpalah doktor anda dengan segera.
Atau anda boleh cuba kaedah alternatif bagi mengelakan masalah urat timbul ini bermula sekarang!

Hanya sarungkan stokin kesihatan ajaib Vken minima 8 jam sehari di ikuti rutin minum air mineral atau air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
InsyaAllah.. kita berusaha, Allah yang tentukan kerana Allah tidak suka orang yang berputus asa.
.
Dapatkan stokin Vken yang hebat ini SEKARANG!
.
Self-pickup / COD sekitar Bandar Ainsdale Labu atau Tesco Seremban 2. (Selain dari itu, kami poslaju ye).
.
.
CEPAT , CEPAT !!
.
Whatsapp SEKARANG!
Tak perlu save no, terus klik
-->> www.wasap.my/60173738343/Vken
.
Atau
.
Call/sms/Whatsapp/Tele: 017-3738343, Syda
Email: stokinajaib@gmail.com
Blog: www.stokinajaib.blogspot.com
Like: www.facebook.com/stokinajaib
Follow IG: syda_vken


(Senarai penuh harga asal produk, KLIK SINI)


#VenaVarikos #VericoseVein #DarahBeku #UratSimpul #PulmonaryEmbolism #IbuHamil #IbuBerpantang #hamil #pantang #TipsBerpantang #TipsHamil #StokinAjaib #StokinVken #StokinBerpantang #StokinKesihatan #Vken #WrisletVken #CapVken #KneepadVken #stokinajaibvken #stokinberubat #stokintekanan #stokinkesihatan #stokinrawatdarah
Promosi Istimewa KLIK SINI

Terima Kasih!

PROMOSI Vken 2022!

💥YEAR END SALE VKEN 2022!!💥 Kebas kaki, urat timbul (vena pulmonary), gaot, diabetes, kelesuan, berpantang bersalin, dan banyak lagi mamp...