Selasa, 11 Disember 2012

Strok, Masihkah Ada Harapan??

Promosi Terkini, KLIK SINI

Definisi Strok
Ramai beranggapan strok dan jantung adalah penyakit yang sama. Hakikatnya tidak. Tetapi kedua-duanya berpunca daripada masalah yang sama. Secara amnya strok dikaitkan kepada masalah serangan otak di mana masalah bekalan darah beroksigen ke otak terganggu, manakala sakit jantung dikaitkan kepada serangan jantung akibat bekalan darah beroksigen ke arteri koronari terhalang.

Strok sebenarnya adalah masalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terhalang. Seperti mana yang kita tahu otak merupakan pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan. Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Jika saluran darah tersumbat lebih daripada 2 jam, maka bahagian otak yang tidak menerima bekalan secukupnya akan mati (Harvard Medical School Family Health Guide). Anda akan mengalami strok. Secara senyap kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan akan terubah.

Menurut NASAM (Persatuan Strok Malaysia) setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia (penduduk Malaysia kini hanya 28 juta orang) mengalami masalah strok, strok boleh menyerang sesiapa pun termasuk kanak-kanak, walaubagaimanapun kebanyakan kes melibatkan orang dewasa.

Langkah-langkah Pencegahan
Bagi mengurangkan risiko strok, beberapa langkah pencegahan boleh diambil seperti:-

1. selalu membuat pemeriksaan tekanan darah
2. tidak merokok dan selalu berada di kawasan bebas daripada pencemaran udara
3. jauhi meminum minuman keras

4. kerap melakukan senaman secara teratur
5. kurangkan pengambilan makanan terproses dan amalkan makanan secara sihat 80% alkali dan 20% asid

6. atasi masalah berat badan
7. selalu meminum air bersih, bebas daripada sebarang mineral dan pencemaran

8. awasi paras kolestrol
9. atasi masalah kencing manis (diabetes)

10. Amalkan penggunaan stokin V-ken dan Reborn Cream serta produk-produk V-ken yang lain

Jenis-jenis strok
Terdapat 2 jenis strok utama iaitu :-
1-strok iskemia dan
2-strok berdarah

Strok Iskemia
Strok iskemia terjadi akibat timbunan plak terbentuk di dalam arteri dan menghalang pengaliran darah. Pengaliran darah yang terhalang menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. Strok terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang berhubung ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) sejak kita berumur 10 tahun.

Satu tanda penting ancaman strok ini ialah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak menerima darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dibuat program pencegahan dan rawatan secepat mungkin.

Strok Berdarah
Strok berdarah adalah di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah. Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak dan akhirnya merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi lagi.

Dipercayai bahawa tekanan darah tinggi merupakan faktor utama terjadinya strok ini, pengambilan garam yang berlebihan akan menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.

 Antara punca utama kepada pemasalahan ini adalah akibat daripada faktor pemakanan dan minuman serta pencemaran. Ini dapat dielakan sekiraya kita mengamalkan kesihatan yang baik, selalu melakukan senaman serta mengamalkan penggunaan produk-produk V-ken yang terbukti mampu mencegah dan merawat tanda-tanda awal Strok.

Harapan Cerah dengan Kaedah Alternatif Produk Vken
Kesimpulan ringkas, peringkat akhir sebelum strok menyerang adalah disebabkan kegagalan atau kelewatan otak menerima oksigen dan nutrient melalui darah yang sepatutnya ia terima untuk memastikan otak terus ‘hidup’ dan berfungsi. Kegagalan ini lah yang akhirnya menyebabkan separuh atau seluruh tubuh badan pesakit hilang fungsi atau LUMPUH ! Adakah risiko ini yang ingin kita ambil? Menjadi beban kepada orang-orang yang kita sayangi?

Kini, dengan mengamalkan penggunaan produk-produk Vken yang cukup mudah digunakan, Strok mampu dicegah dan cuba dirawat*. Produk-produk Vken yang bermula dengan Stokin, Reborn Cream, Pad lutut/knee pad, boxer, wrislet dan lain-lain, sedikit-sebanyak telah membantu ramai individu dengan masalah yang ditakuti ini.
Cuma sarungkan stokin Vken samaada ketika bekerja, beriadah mahupun ketika berehat dan tidur, tanpa kita sedari kita sedang terhindar dari serangan strok. Cukup mudah! Tidak perlu menelan ubat-ubatan pahit atau menjalani prosedur rawatan lain yang sukar, menyakitkan dan membataskan amalan seharian kita.

Penggunaan Reborn Cream bersama stokin Vken adalah amat digalakkan terutama bagi mereka yang sudah pun mempunyai tanda-tanda strok, atau pernah pulih dari serangan strok yang berkemungkinan berulang mahupun mereka yang telah lama terlantar akibat masaalah ini. Reborn Cream perlu disapukan ke tujuh bahagian badan yang wajib iaitu leher, dada, bawah kedua lengan, abdomen, pinggang belakang dan bahagian dalam kedua belah peha. Kemudian, di ikuti dengan menyapu Reborn Cream di bahagian-bahagian yang bermasaalah contoh: seluruh bahagian badan yang lumpuh. Setelah itu, sarungkan stokin Vken serta diikuti produk-produk sampingan Vken yang lain seperti knee pad, boxer dan wrislet juga dapat membantu mempercepatkan pemulihan. InsyaAllah, usaha dan pelaburan anda tidak akan sia-sia.

Bagaimana Produk-produk Vken ini berfungsi?
Produk yang dihasilkan melalui teknologi moden gabungan German dan Jepun ini telah menggabungkan mineral-mineral penting yang terdapat di dalam lahar gunung berapi, titanium serta arang buluh yang telah terbukti berkesan dan mendapat beberapa anugerah pengiktirafan dunia.

Mineral-mineral ini mempunyai fungsi ion negatif, ion Germanium dan Titanium serta Sinaran Inframerah Jauh yang mana antara fungsinya ialah mengaktifkan metabolisme badan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan daya imun, membekalkan gas oksigen kepada darah, mengurangkan tekanan mental, menyelaras pH darah ke arah alkali, meningkatkan tenaga,  serta banyak lagi kebaikannya. Bahan-bahan ini kemudiannya direnjut menggunakan kaedah anyaman 3D yang dipatenkan menjadi produk-produk V-ken yang berkualiti dan berkesan merawat pelbagai jenis penyakit. Untuk info lanjut tentang setiap produk, sila ke page ‘Maklumat Produk’.
Oleh itu, apabila pesakit strok menggunakan produk-produk Vken ini, ia dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengelakkan darah beku di dalam saluran darah yang mana baik untuk otak dan jantung. Ia juga membantu membekalkan lebih oksigen dan tenaga dalam darah yang penting untuk tubuh kita mengekalkan fungsinya.Penggunaan yang cukup mudah, namun perlu konsisten dan sabar untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

Hubungi kami segera untuk mendapat produk-produk Vken anda yang dijamin ORIGINAL. 

Info lanjut, klik utk wasap: www.wasap.my/60173738343/Vken

Call/sms/WA/Tele: 017-3738343, Syda
Email: stokinajaib@gmail.com
IG: syda_vken
FB Page: www.facebook.com/stokinajaib

KLIK SINI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN


Selasa, 13 Mac 2012

Ingin bukti MUJARAB nye Produk Vken?? Kami buktikan !!

**Promosi terkini, sila KLIK SINI** --LIKE Fanpage--
***Contoh Demo, sila ke PAGE INI***


Anda di Terengganu atau di Kelantan? Johor atau Melaka? di Langkawi?? Indonesia??? atau di Brunei ????

Berminat dengan produk kesihatan Vken? Nak beli tapi masih was-was keberkesanannya??

Kami boleh dan akan buktikan secara LIVE di hadapan mata anda sendiri !!

Berdasarkan jemputan dari anda, kami boleh datang ke tempat yang anda sendiri tetapkan..

Saksikan sendiri demonstrasi bagaimana dengan hanya menggunakan produk Vken selama 10 minit, telah terbukti keberkesanannya !!

Tiada lagi was-was atau takut di tipu..

Ini bukan magic, silap mata atau cakap-cakap kosong..

Lihat untuk PERCAYA :)


Syarat-syaratnya ialah:-

1- Lokasi, tarikh dan waktu mestilah di booking sebulan awal.

2- Penonton / pendengar demo mestilah melebihi dari 20 orang yang benar-benar berminat mengetahui dan mendapatkan produk Vken.

3- Bayaran deposit sebanyak RM 100 diperlukan (deposit akan dipulangkan semula sekiranya demo berjalan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan. Ini bagi mengelakkan penipuan atau booking palsu)

4- Sediakan sekurang-kurangnya 2 biji meja untuk peralatan demo. (Suasana yang sedikit gelap (untuk sementara) diperlukan untuk pertunjukan slaid)

5- PEMBATALAN: jika atas sebab-sebab tertentu anda terpaksa membatalkan, tiada masalah. Deposit anda akan dikembalikan semula - hanya jika pembatalan tersebut diberitahu SEBELUM  7 hari dari tarikh demonstrasi.

Hadiah misteri menanti penganjur (anda la tu.. )

Cepat, booking Demonstrasi anda sekarang !!

Sebarang pertanyaan hubungi kami terus di 017-3738343 (Syda) / 017-3732081 (Arin)

Atau emailkan ke stokinajaib@gmail.com atau LIKE dan berchatting dengan kami di FB taip, www.facebook.com/stokinajaib


Terima kasih Alls  ^_^

Isnin, 20 Februari 2012

Diabetes... PEMBUNUH !!

**Promosi terkini, sila KLIK SINI**




Hari ni rasa nak berkongsi tentang fakta 'Diabetes' atau kencing manis. Ngeri kan gambar-gambar kat atas tu? Rata-rata rakyat Malaysia ni ada potensi menghidap penyakit merbahaya ni. Maklumla, penyakit keturunun.. Bila atuk ada Diabetes, cucu pun ada kemungkinan boleh dapat kerana dibawa oleh bapanya.. Tapi kebanyakan kita beranggapan, 'Ala, dah tua nanti baru kena.. Orang tua memang banyak penyakit..' Betul ke anggapan kita tu??

Dekat iklan TV skarang ni pun dah mula banyak promosi susu bayi kurang gula. Baru lah sekarang diorang nak kurangkan gula. Kesian bayi-bayi yang tak tau apa-apa. Ibubapa pula, ingat yang disuap pada anak khasiat jadi darah daging. Mana tau, susu yang mengandungi kadar gula tinggi boleh jadi racun kerana penyebab kepada pelbagai masalah dan penyakit kepada anak seperti Diabetes, Obesiti malah Karies gigi. Siapa sangka, di usia muda sudah mula menghidap penyakit menakutkan ini. Padahal, hanya minum susu.. :(  Malah, Diabetes dikalangan kanak-kanak dan remaja atau Diabetes kategori 1 ini, dikategorikan sebagai lebih merbahaya dan susah dirawat. Sungguh, memang susu ibulah yang terbaik..

kanak2 yg hidup dengan insulin akibat Dibetes/kencing manis.


Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki. Takut kan? Jadi macamana nak tau tanda-tanda penyakit ni? Jom, baca fakta..

Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?
Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.

Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.

Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini:


Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan
Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-Jenis Diabetes

Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

- Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

- Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

Diabetes jenis 1 dan 2 dapat dibezakan seperti berikut:


Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlaku tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulinKebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

Tanda-tanda penyakit kencing manis
Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Gatal-gatal di tempat kemaluan
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis

Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. Dengan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.


Apakah risiko atau faktor kencing manis?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:

1. Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.

2. Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.

3. Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.

4. Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.

5. Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.

6. Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan penyakit kencing manis
Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1. Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
- Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:

- Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
- Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
- Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.

Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
- Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
- Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
- Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
- Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2. Senaman secara sederhana setiap hari

Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3. Ubatan dan Insulin

Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

4. Penggunaan Produk Vken
Tahukah anda salah satu fungsi utama stokin Vken dan produk-produk Vken yang lain seperti boxer, knee pad, wristlet dan Reborn Cream adalah untuk melancarkan peredaran darah, membantu proses detoks atau perkumuhan serta membekalkan tenaga? Hanya jadikan pemakaian stokin Vken satu amalan mudah baik ketika bekerja, bersukan atau pun ketika tidur, Insya Allah, anda mampu mencegah penyakit yang sangat merbahaya ini.

Penggunaan Reborn Cream bersama pemakaian stokin Vken adalah disarankan untuk pencegahan yang lebih berkesan. Pengambilan air suam atau air putih yang banyak adalah di WAJIB kan untuk 'flush out' atau menyingkirkan toksid-tosid serta sisa makanan yang tertinggal di dalam darah yang akan keluar bersama dengan air kencing, najis atau peluh.

Oleh itu, buatlah pilihan anda. Mungkin anda masih muda dan RASA masih sihat, tetapi bukankah mencegah lebih baik, lebih senang dan lebih MURAH dari merawat? Jika anda sudah mula mendapatkan rawatan, yang mana pilihan anda?

Fikir-fikirkan dan semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Call / SMS ke 017-3738343 (Syda) segera jika berminat mendapatkan produk ajaib ini.

Salam dan terima kasih... :)




PROMOSI Vken 2022!

💥YEAR END SALE VKEN 2022!!💥 Kebas kaki, urat timbul (vena pulmonary), gaot, diabetes, kelesuan, berpantang bersalin, dan banyak lagi mamp...